ASTRA | LEADING BABY PRODUCTS

Panduan Membeli Topeng Muka Kanak-kanak

Terdapat banyak faktor yang ibu bapa perlu pertimbangkan apabila membeli topeng muka untuk anak tersayang. Mari kita baca panduan membeli topeng muka dibawah agar si manja anda sentiasa selamat selama musim covid-19 ini.

Berikut adalah beberapa kriteria penting yang ibu bapa perlu tahu apabila memilih topeng muka yang selamat dan sesuai untuk anak anda.

1. Adakah saiz topeng muka anak saiz yang betul?

Faktor saiz sebenarnya sangatlah penting. Ini kerana apabila anak memakai topeng yang longgar atau saiz yang salah, mereka terdedah kepada titisan, percikan dan semburan air liur yang mungkin mengandungi kuman, virus ataupun bakteria. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, kanak-kanak perlu memakai topeng muka yang dibuat khas untuk saiz muka mereka sahaja.

2. Keberkesanan penapis topeng muka anak

Topeng muka yang baik harus mempunyai sekurang-kurangnya 3 lapisan kain ataupun lebih dikenali sebagai topeng 3-ply. Kain penapis luar sepatutnya kalis air, debu dan zarah-zarah halus untuk menghalang semburan air liur serta mencegah penyebaran bakteria. Ibu bapa juga boleh memilih topeng muka kanak-kanak jenis 4-ply di pasaran yang dibuat dengan penapis berkualiti tinggi yang lebih berkesan.

Sila layari di sini

untuk maklumat lanjut mengenai topeng muka kanak-kanak kami.

3. Adakah kanak-kanak senang bernafas ketika memakai topeng muka?

Ibu bapa harus ingat bahawa kanak-kanak mempunyai saluran penafasan dan paru-paru yang lebih kecil berbanding orang dewasa. Ia adalah tugas kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak dapat bernafas dengan senang apabila memakai topeng muka mereka. Ini kerana topeng muka yang terlalu tebal dan ketat boleh menimbulkan komplikasi kepada kanak-kanak yang sudahpun mempunyai masalah pernafasan.

4. Adakah topeng muka anak selesa?

Kanak-kanak selalu suka merungut apabila berasa tidak selesa. Maka carilah topeng muka yang selesa jika ingin anak pakai topeng muka untuk masa yang lebih lama. Pilih topeng muka yang diperbuat daripada kain lapik dan tali gelung telinga yang lembut agar tidak memberi kesan kepada kulit and telinga si manja.

5. Bagaimana pula topeng DIY?

Ada ibu bapa yang mungkin rajin menjahit topeng muka sendiri dengan menggunakan kain yang cantik-cantik. Walaupun ini cara cerdik agar anak suka pakai topeng, topeng DIY sebenarnya tidak digalakkan.

6. Akhir sekali, jangan pakaikan topeng muka pada bayi anda

Ingat! Jangan sekali-kali pakaikan topeng muka pada bayi anda kerana risiko mati lemas.

7. Kesilapan biasa apabila memakai topeng muka

Satu-satunya kesilapan biasa yang seringkali kita lihat ialah memakai topeng muka dengan cara yang salah iaitu dengan cara terbalik. Pelapik kalis air yang berwarna sepatutnya berada di luar dan tidak menghala ke dalam. 

Kesilapan lain termasuk tidak mencuci tangan sebelum dan selepas membantu anak memakai topeng muka mereka. Ibu bapa sekurang-kurangnya harus membersihkan tangan dengan sanitzer tangan berasaskan alkohol jika tidak dapat mencuci tangan dengan air dan sabun.

Ibu bapa juga harus mengelak dari menyentuh bahagian depan topeng muka anak sebanyak mungkin. Apabila memakaikan topeng muka pada anak, tarik sehingga topeng itu menutupi hidung dan dagu anak. Laraskan dawai pada batang hidung supaya topeng muka menutupi muka dengan rapi.

Pakar-pakar di WHO menekankan bahawa topeng muka hanya berkesan melawan penyakit apabila:

  • anak menggunakan saiz topeng yang sesuai untuk mengurangkan kebocoran
  • topeng muka digunakan dengan cara yang betul bersama amalan kebersihan tangan yang baik.
  • topeng muka terpakai dibuang dengan cara yang betul.

Cara betul untuk membuang topeng muka terpakai ialah dengan membalutkannya di dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Jangan lupa pula mereka yang berkerja sebagai pengutip sampah. Kita perlu memastikan mereka boleh terus menjalankan tugas dengan selamat. Ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk mengurangkan penyebaran penyakit agar semua rakyat Malaysia selamat.

8. Topeng muka kanak-kanak Nuby 3-ply dan Topeng muka kanak-kanak Nuby 3D

Astrababy is launching two new products to keep your children safe. Nuby Kids 3-ply face mask and Nuby Kids 3D 4-ply face mask that efficiently blocks pollen, water droplets, bacteria, dust and other particles. What makes Nuby Kids 3D face mask stand out is its Double Nano Filter. Both masks are made with protective soft and comfortable layers. Designed for children ages 5-12 years of age, it’s moulding nose clip and contour wrap is suitable for all face shapes. It’s fine and soft ear loops ensure no pain to little ears while offering a pleasant wearing experience for your little one. Available in two super cute designs for both boys and girls, your children are bound to love them.

Sila layari di sini

untuk maklumat lanjut mengenai topeng muka kanak-kanak kami.